Misteri kematian pemimpin kuku besi Jerman Adolf Hitler, kembali jadi perbincangan hangat. Koran The Daily Telegraph
pada 28 September 2009 menerbitkan sebuah laporan, tengkorak yang
selama ini didakwa sebagai milik Hitler dan disimpan di Rusia ternyata,
bukanlah tengkorak milik pemimpin yang digelar The Fuhrer itu. Dalam
program dokumentari History Channel,
koran yang diterbitkan di British menjelaskan, tengkorak tersebut
merupakan tengkorak seorang perempuan yang meninggal di bawah usia 40
tahun.
|
Tengkorak yang didakwa sebagai milik Adolf Hitler |
Dengan informasi ini, semakin terbuka munculnya
spekulasi seputar kematian tokoh Perang Dunia II tersebut. Selama ini,
sebahagian masyarakat dunia meyakini pemimpin Nazi (Nationalsozialismus)
Jerman tersebut, mati akbibat bunuh diri di salah satu bunker di Berlin
pada 30 April 1945 bersama kekasihnya Eva Braun. Ketika itu usia Hitler
adalah 56 tahun. Sebahagian lagi beranggapan, Hitler berjaya melarikan
diri bersama Eva Braun, yang kemudiannya menghabiskan masa tuanya di
Brasil, Argentina atau wilayah lainnya di Amerika Selatan.
|
Jasad yang didakwa sebagai Adolf Hitler ditemui di bunker bawah tanah |
Masing-masing pihak mengemukakan berbagai argumen yang
memperkuat dakwaan mereka. Sejumlah dokumen didedahkan dan para saksi
pun berbicara. Selain versi yang sudah lama diketahui dunia, terdapat
juga versi Indonesia yang boleh dikatakan versi terbaru berhubung
kematian The Fuhrer. Dalam versi itu, dijelaskan tentang kemungkinan
Hitler melarikan diri ke Indonesia dan meninggal di Surabaya. Dakwaan
ini berdasarkan pada temubual seorang doktar warga Bandung, Sosrohusodo.
Sosro merupakan seorang doktar lulusan Universiti Indonesia. Beliau telah menulis pendapatnya pada satu artikel di Pikiran Rakyat
pada 1983. Kemudian pada 1994 saya bertemu dengan Sosrohusodo. Hasil
wawancara itu telah dimuatkan didalam Pikiran Rakyat pada 24 Februari
1994 dalam bentuk artikel yang cukup panjang. Artikel itulah yang
kemudiannya telah dihebahkan di dunia maya kebelakangan ini. Pertemuan
dengan Sosrohusodo ketika itu dilakukan atas permintaannya.
“Saya
ini sudah tua. Akan tetapi, saya masih memiliki satu beban besar yang
hingga kini belum terungkap, yaitu mengenai diktator Jerman Adolf
Hitler,” katanya, ketika berbincang di rumahnya yang terletak di
Jln. Setiabudhi seberang kampus UPI Bandung. Rumahnya tidak begitu
besar, tetapi halamannya cukup luas. Raut gelisah terlihat di wajah
Sosrohusodo.
Beliau
kemudiannya menunjukkan sejumlah dokumen yang agak lama. Ddokumen
tersebut diikat dengan beberapa belit benang. Antara lain ia berisi
gambar-gambar lama, yang memperlihatkan seorang lelaki dan perempuan
bule warga negara Jerman, paspor, dan buku harian dengan tulisan steno.
Terdapat pula foto seorang wanita Sunda, yang dikatakan oleh Sosro
sebagai sumber amat penting dan memperkuat teorinya itu.
Lelaki dalam gambar-gambar itu
bernama Dr. Poch, ketua sebuah hospital awam di Pulau Sumbawa Besar.
Sosro juga sempat berdepan secara langsung beberapa kali dengan Dr. Poch
ketika bertugas sebagai pekerja kesihatan di kapal Hope yang dijadikan
hospital pada 1960.
“Melalui
perbincangan tentang masa lalunya dan ciri-ciri fisik, saya semakin
yakin Poch bukan orang sembarangan. Saya curiga dialah Adolf Hitler yang
misterius itu. Apalagi, dia ditemani seorang perempuan yang menurut
saya wajahnya mirip Eva Braun, kekasihnya. Akan tetapi, keyakinan ini
saya pendam sangat lama. Hingga saya selesai bertugas di kapal Hope,
rasa penasaran itu belum terjawab,” kata pria kelahiran Gundih Jawa Tengah, yang saat itu berusia 63 tahun.
Kaki Kiri Dr Poch Tidak Normal
Keyakinan dan sekaligus rasa
ingin tahu Sosrohusodo muncul kembali, setelah lebih daripada dua puluh
tahun kemudian, beliau menemui beberapa maklumat baru. Perkara itulah
yang kemudiannya, membuatkan beliau kembali melakukan rekonstruksi
pengalamannya, membuka kembali catatan-catatan, dan menterjemahnya dalam
bentuk tulisan. Sosro benar-benar tercabar untuk mengungkapkan misteri
Dr. Poch. Ketika itu, beliau memperlihatkan sejumlah tulisan yang
dibuatnya seperti diktat.
Dari perjumpaannya dengan Dr.
Poch, Sosro mengetahui kaki kiri doktor yang berasal daripada Jerman itu
tidak normal. Jika Poch berjalan, kakinya mesti diseret. Sementara
tangan kiri doktor itu selalu gementar. Misainya dipotong pendek dan
hanya tersisa di tengah. Persis seperti yang digayakan pelawak terkenal
Charlie Chaplin. Tidak tersisa rambut di kepalanya alias plontos. Jika
benar Dr. Poch adalah Hitler, pada saat bertemu Sosro dia berusia 71
tahun. Ini kerana, Hitler dilahirkan pada 1889.
”Saya
rasa usianya seperti itu, sesuai dengan penampilan fizikalnya. Saya
betul-betul ingat rupa paras fizikalnya, kerana bukan hanya sekali
bertemu dengannya dan berbicara tentang hal itu,” kata Sosro.
Hal
lain yang membuatkan Sosro berasa hairan, Dr. Poch terbukti tidak
memiliki ijazah kedoktoran, tidak memiliki lisen apa pun di bidang
kesihatan. Walau bagaimanapun, ternyata beliau mampu memimpin sebuah
hospital. Tiap-tiap hari Dr. Poch sering membaluti tubuhnya dengan
seragam putih, yakni pakaian khas dunia kedoktoran. Sebagai seorang
doktor, Sosro pernah menguji Dr. Poch dengan perbualan mengenai
kesihatan.
“Poch
ternyata tidak menguasai dunia kesihatan, saya tahu itu. Dari
percakapannya, dia tidak memahami bidang kedoktoran. Hal ini semakin
menjadi misteri. Jadi, siapakah yang mengangkatnya menjadi pemimpin
hospital tersebut. Tentu bukan sembarang orang mampu menjadi pimpinan
salah satu lembaga penting seperti itu,” kata Sosro.
Pada
satu kesempatan berkunjung ke kediaman Dr. Poch, banyak hal dikemukakan
doktor tua tersebut yang kemudiannya memperkuatkan lagi dugaan Sosro.
Misalnya, ketika ditanya tentang pemerintahan Hitler, Poch secara
terang-terangan memujinya. Dia juga menolak anggapan terjadinya
peghapusan etnik besar-besaran terhadap orang Yahudi di Kamp Auschwicz.
Padahal, dalam sejarah dunia kisah Kamp Auschwicz ini merupakan sebuah
kisah lagenda ketika masa kejayaan Nazi.
Poch juga mengaku tidak
tahu-menahu, ketika ditanya tentang kematian Adolf Hitler pada 1945 di
Berlin. Dia hanya bercerita, keadaan ketika itu benar-benar kacau-balau
dan setiap orang berusaha untuk menyelamatkan diri. Dr. Poch seperti
cuba mengelak jika ditanya terlalu mendalam mengenai Hitler dan
lain-lain hal berkaitan Nazi. Hampir sepanjang perbualan, lelaki tua
yang gemar melukis itu, mengeluh tentang tangan kirinya yang gemetar.
Sosro kemudian meminta izin
untuk memeriksa saraf ulnarisnya. Ternyata tidak ada kelainan. Demikian
pula dengan tenggorokannya baik-baik saja. Ketika itu, Sosro
menyimpulkan kemungkinan “Hitler”
hanya menderita parkinson, berikutan usianya yang lanjut. Lalu Sosro
menyatakan, kemungkinan penyakit itu terjadi kerana trauma psikis.
“Dugaan
saya langsung diiyakan Poch. Saya terkejut juga. Tetapi, ketika saya
tanya dengan lebih jauh sejak bilakah beliau menghidapi penyakit itu,
Poch malah bertanya kepada isterinya dalam bahasa Jerman. “Ini
terjadi ketika Jerman kalah di pertempuran dekat Moskow. Ketika itu,
Goebbels mengatakan bahawa kau (Dr Poch) memukul meja berkali-kali.” ujar isterinya seperti diberitahu oleh Sosro.
Siapa
Goebbels? Apakah yang dimaksud adalah Joseph Goebbels, wartawan yang
banyak membantu gerakan Nazi yang kemudiannya menjadi Menteri Propaganda
ketika pemerintahan Hitler?
“Tidak ditahui
kebenarannya atau bagaimana, beberapa kali isterinya memanggil Poch
dengan sebutan ‘Dolf’. Apakah ini merupakan nama singkatan dari ‘Adolf’
atau bukan, saya tidak begitu pasti. Namun, itulah yang saya dengar,” katanya.
Tulisan Di Majalah 'Zaman'
Pertemuan Sosrohusodo dengan “Hitler”
diselebungi dengan banyak kebetulan. Kebetulan pertama, ketika beliau
bertugas di Kapal Hope. Kebetulan kedua terjadi pada tahun 1981,
setelah lebih dari 21 tahun, pengalaman bertemu dengan Poch terpendam
dalam benaknya dan dicatatkan pada buku hariannya, seorang saudaranya
datang berkunjung ke Bandung dan menunjukkan majalah Zaman edisi No. 15 Januari 1980. Pada majalah tersebut, terdapat sebuah artikel yang ditulis oleh Heinz Linge, bekas orang kanan Hitler, berjudul “Cerita Nyata Hari Terakhir Seorang Diktator”.
Tulisan tersebut diterjemahkan
ke dalam bahasa Indonesia oleh Try Budi Satria. Sambil menunjukan
majalah Zaman, Sosro menerangkan, dalam tulisan itu, Linge menceritakan
tentang peristiwa 'bunuh diri' Hitler dan Eva Braun. Tulisan itu turut menerangkan tentang kedudukan fizikal Hitler ketika itu.
“Beberapa
perenggan dalam tulisan itu membuatkan jantung saya berdegup kencang,
seperti menyedarkan saya kembali. Sebab di situ, ada ciri-ciri Hitler
yang juga saya temukan pada diri si doktor tua Jerman. Apalagi setelah
saya membaca buku biografi Hitler. Semuanya ada kesamaan,” jelas ayah kepada empat orang anak ini.
Heinz Linge menulis,
“Beberapa
orang di Jerman mengetahui bahawa Fuhrer sejak itu, jika berjalan, akan
menyeret kakinya, iaitu kaki kiri. Penglihatannya juga sudah mula
kurang jelas serta rambutnya hampir sama sekali tidak tumbuh. Kemudian,
ketika perang semakin mencapai kemuncaknya dan Jerman berada dalam
keadaan yang terdesak, Hitler mulai menderita penyakit kejang urat“.
Selain
itu, tangan kirinya juga mula gementar semasa berlakunya pertempuran
tentera NAZI di Stalingrad yang tidak membawa kejayaan pada tentara
Jerman, dan Hitler juga sukar untuk mengatasi tangannya yang gemetar
itu. Di akhir artikel itu, Linge menulis,
"Tetapi aku bersyukur bahawa mayat dan kuburan Hitler tidak pernah ditemukan”.
Sosrohusodo semakin ghairah untuk mengungkap misteri Dr. Poch.
Buku Harian Misterius Tentang Kisah Pelarian Nazi
Sosrohusodo menemui fakta
menarik dalam buku harian bersaiz saku milik Dr. Poch. Dalam buku lusuh
tersebut, ratusan alamat orang asing yang tinggal di berbagai negara di
dunia ditemui. Pada beberapa halaman lagi, terdapat coretan tangan yang
'sulit' dibaca. Dibahagian lainnya terdapat tulisan steno. Semuanya
berbahasa Jerman.
“Lihat,
ini catatannya. Buku ini banyak berbicara dalam usaha pembongkaran
tentang tokoh misteri Poch. Memang tidak mudah, tetapi saya tercabar.
Mungkin ini hanya soal waktu,” kata Sosro sambil membuka halaman-halaman buku kecil itu.
Memang
tidak ada kesan jelas identiti pemilik buku itu. Hanya, ada beberapa
'kod' terdiri atas angka-angka yang tidak jelas maknanya. Pada sampul
depan bahagian dalam, tertulis kod J.R. KePaD No. 35637 dan 35638, dengan masing-masing nombor ditanda dengan lambang biologikal lelaki dan perempuan.
“Ini
menguatkan lagi dugaan saya, buku itu adalah milik dua orang yang saya
yakini sebagai Hitler dan Eva Braun. Mereka cuba merahsiakan identiti
serapat yang mungkin, tetapi masih terdapat ruang-ruang yang membawa
pada hakikat sebenarnya,” jelasnya.
Sementara nama-nama negara yang tertulis dalam buku itu antara lain ialah Pakistan, Tibet, Argentina, Afrika Selatan dan Itali.
Di salah satu halamannya, terdapat tulisan yang dalam bahasa Indonesia bererti “Organisasi
Pelarian. Tuan Oppenheim pengganti Ny. Kruger. Roma Sardegna 79a/1.
Ongkos-ongkos (kos) untuk perjalanan ke Amerika Selatan (Argentina)“.
Lalu, ada satu nama dalam buku saku tersebut yang sering disebut-sebut dalam sejarah pelarian orang-orang Nazi, iaitu Prof. Dr. Draganowitch, atau ditulis juga sebagai Draganovic. Di bawah nama Draganovic, tertulis Delegation Argentina da Imigration Europa – Genua Val Albaro 38.
Secara terpisah, dibawahnya lagi tertera tulisan Vatikan. Di halaman
lain pula, ada tertera Draganovic Kroasia, Roma via Tomacelli 132.
Sosro kemudiannya menunjukan majalah Intisari terbitan Oktober 1983,
yang memuat tokoh Klaus Barbie alias Klaus Altmann, bekas anggota
risikan Jerman ketika zaman Nazi. Di situ tertulis satu alamat Val
Albaro. Disebutkan pula bahawa Draganovic memang memiliki hubungan rapat
dengan Vatikan Roma. Profesor inilah yang telah membantu pelarian Klaus
Barbie dari Jerman ke Argentina. Pada 1983, Klaus diekstradisi dari
Bolivia ke Perancis, negara yang menjatuhkan hukuman mati terhadapnya
pada 1947.
“Masih
banyak alamat dalam buku ini yang belum saya ketahui, kebenaran
kaitannya dengan Nazi. Saya juga sangat berhati-hati tentang hal ini,
sebab ia juga membabitkan negara-negara lain. Saya masih perlu bekerja
keras menemukan semuanya. Saya yakin jika nama-nama yang tertera dalam
buku kecil ini adalah para pelarian Nazi,” katanya.
Perjalanan 'Pelarian' Hitler Dalam Tulisan Steno
Setelah
menerima buku catatan harian Dr. Poch dari Ny. S, Sosrohusodo hairan
ketika perlu menterjemahkan bahagian yang bertulis dengan huruf steno.
Dia bertanya dengan beberapa orang yang memahami tentang stenografi.
Namun, mereka kurang memahaminya, kerana model steno itu jarang
digunakan pada masa sekarang.
“Akhirnya
saya menulis surat pada penerbit buku steno di Jerman, meminta bantuan
mereka. Selang beberapa waktu kemudian datang jawapan, steno yang
contohnya saya kirimkan itu merupakan stenografi Jerman yang sudah
’kuno’. Namanya sistem Gabelsberger dan sudah lebih dari 60 tahun tidak
digunakan lagi,” jelas Sosrohusodo.
Meskipun
demikan, pihak penerbit berjanji akan mencari orang yang merupakan ahli
steno Gabelsberger. Ternyata penerbit itu menepati janjinya, dengan
mengirimkan terjemahan steno itu ke dalam bahasa Jerman. Lalu Sosro
menerjemahkannya ke dalam bahasa Indonesia.
Judul catatan itu kurang lebih, “
Keterangan Singkat tentang Pengejaran Perorangan oleh Sekutu dan Penguasa Setempat pada Tahun 1946 di Salzburg“. Salzburg adalah nama bagi kota di Austria. Di dalam catatan itu antara lain tertulis, “
Kami berdua, isteri saya dan saya, pada tahun 1945 di Salzburg“.
|
Eva Braun (kiri) dan Adolf Hitler (kanan) |
Memang tidak diterangkan secara jelas identiti “kami
berdua” dalam catatan tersebut. Tetapi, yang jelas tersirat mereka
berdua berada dalam satu 'ancaman'. Antara lain mungkin diburu oleh CIC
(United States of America Secret Official).
“Pokoknya, catatan itu menggambarkan penderitaan orang yang diburu oleh pihak berkuasa,” jelas Sosrohusodo.
Selain
itu, terdapat pula abjad yang ditulis dengan huruf besar secara
'terang'. Jika diurutkan, kemungkinan ia merupakan perjalan pelarian
kedua-duanya. Huruf-huruf itu adalah B, S, G, J, B, S, R. Menurut Sosro,
cara singkatan tulisan seperti itu merupakan kebiasaan Hitler ketika
membuat catatan. "Kebiasaan ini ditemui dalam karya sastera lain yang
saya baca,” ujarnya.
Sosro kemudiannya menterjemahkan
dan mengaitkannya dengan kemungkinan perjalanan pelarian Hitler.
Kedua-dua mereka memulakan pelarian dari B yang bererti Berlin, ke S
(Salzburg), G (Graz), J (Jugoslavia), B (Beograd), S (Sarajevo) dan R
(Roma). Roma, menurut Sosro, ialah kota terakhir di Eropah yang menjadi
tempat pelarian kedua orang itu (Hitler dan Eva Braun). Kemudian, mereka
telah keluar dari Eropah lalu menuju sebuah tempat bernama Pulau
Sumbawa.
Sosro membacakan hasil terjemahan dari catatan harian itu,
"Pada
hari pertama di bulan Disember, kami mesti bertolak ke R untuk menerima
surat paspor yang kemudian berjaya membawa kami meninggalkan Eropah".
Keterangan ini sesuai dengan data pada paspor Dr. Poch yang ada
menyebut, paspor bernomor 2624/51 diberikan di Rom (tanpa huruf akhir a). Pada catatan buku itu, nama Dragnovic dikaitkan dengan Roma.
Sosro
kembali menunjukkan majalah Zaman edisi 14 Mei 1984 ketika membahaskan
tentang Berlin dan Salzburg. Menurutnya, sejarah telah mencatat
peristiwa jatuhnya pesawat yang membawa surat-surat rahsia Hitler di
sekitar Jerman Timur pada tahun 1945.
Kenyataan ini menjadi petunjuk
pada perjalanan pelarian mereka mengenai pelarian Hitler, Sosrohusodo
menyimpan kisah yang didengarinya daripada masyarakat Sumbawa.
Masyarakat di sana bercerita, pada satu ketika, mereka melihat munculnya
kapal selam dari laut yang disusuli dengan pendaratan sebuah kenderaan
berbentuk bulat.
“Saya
mendengar cerita ini dari mulut ke mulut. Saya tertanya-tanya, apakah
ini ada kaitan dengan kemungkinan perlarian Hitler menggunakan kapal
selam dari Eropah ke perairan Sumbawa? Tidak begitu jelas. Tapi ia bukan
sesuatu yang mustahil” katanya.
Sosro
sangat yakin, orang besar dan penting Hitler memiliki pengikut yang
setia. Mustahil jika mereka (NAZI) tidak memiliki strategi keselamatan
ke atas pemimpin tertinggi mereka. Apatah lagi sekarang diketahui
beberapa dakwaan terdahulu mengenai kematian Hitler, belum dapat
dipastikan.
“Jadi,
bukan sesuatu yang mustahil jika pengikutnya memilih Pulau Sumbawa di
Indonesia. Sebab ketika itu Indonesia boleh dikatakan sebagai wilayah
yang masih terbuka untuk dijadikan tempat persembunyian. Lokasi Pulau
Sumbawa juga begitu jauh dari benua Eropah,” ujarnya beralasan.
Sosro
turut bercerita mengenai pengakuan Nyonya S berkaitan dengan hal itu.
Suatu hari suaminya mencukur misai sama seperti misai Hitler, S
kemudiannya bertanya mengenai persamaan misainya itu dengan misai
Hitler. Poch malah mengiyakan bahawa dirinya adalah Hitler. “Tapi jangan bilang sama siapa-siapa,” begitu Sosro mengutip ucapan Nyonya S.
Sosrohusodo mungkin seorang yang
teguh memegang amanah. Hal itu terbukti ketika dia menutup rapat-rapat
kepanjangan nama Nyonya S. Dia hanya mendedahkan identiti lengkapnya
dalam bentuk gambar-gambar dan nama tempat Babakan Ciamis.
Sekurang-kurangnya terdapat dua
gambar yang menunjukkan hubungan suami isteri antara Nyonya S dan Dr.
Poch. Gambar yang dihasilkan di Sumbawa itu disebut Sosro sebagai gambar
'saat keduanya melangsungkan pernikahan di pendopo kabupaten'.
Penggunaan pendopo sebagai tempat hajatan menunjukkan kedudukan Dr. Poch
yang dihormati di kalangan masyarakat setempat.
Pada gambar itu, terlihat Dr
Poch sudah semakin tua, memakai 'suit' yang agak besar, kemeja putih
bertali leher dan berkacamata. Sementara Nyoya S pula, mengenakan kebaya
putih, berkain batik dan sanggul beruntai bunga yang jatuh di dada
kanannya. Tangan kanannya memegang kipas. Gambar mereka diabadikan dalam
posisi berdiri.
Sementara pada gambar yang satu
lagi, Dr. Poch dan Nyonya S duduk di kerusi. Sementara di belakang
mereka berdiri tiga lelaki muda. Jika senyum, kelihatan senyuman di
bibir S, sementara di kedua-dua gambar ini, wajah Dr. Poch agak serius.
Menjelang pernikahan itulah, kata Sosro, kononnya Dr. Poch menukar
agamanya menjadi seorang Muslim. Dr Poch kemudian menggantikan namanya
dengan nama Djamaluddin. Mereka kemudiannya telah berpindah ke Surabaya.
Namun nama barunya sebagai seorang mualaf itu seakan tidak digunakan. Hal itu boleh dilihat pada makam Dr Poch di Pemakaman Umum Ngagel Utara, Jalan Bung Tomo, Surabaya.
Pada batu nisannya, tertulis nama G. A. Poch. Kebelakangan ini barulah
saya (penulis buku) tahu G.A. adalah singkatan daripada Georg (tanpa
”e”) Anton.
Dalam buku tulisan Ir KGPH Soeryo Goeritno bertajuk Hitler Mati Di
Indonesia Rahasia Yang Terkuak dalam bab 5, dinyatakan tentang pengakuan
Hitler kepada isterinya yang berasal dari Indonesia, Sulaesih, bahawa
dia sememangnya Hitler yang sebenarnya, The Fuhrer. Di dalam bab ini
juga terdapat pernyataan Stanlin, bahawa yang ditemui mati di dalam
bunker di Jerman bukanlah Hitler yang asli. Dibahagian akhir buku ini
juga diceritakan bagaimana akhirnya diktator itu meninggal di Indonesia.
Selama ini kematian Hitler
memang sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan
dimana mayat Hitler ataupun mayat Eva Braun. Di Konferensi Postdam tahun
1945, Stanlin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak
ditemui. Stanlin juga mendakwa, The Fuhrer ini lolos dan telah melarikan
diri ke Sepanyol atau tempat lain di Amerika Latin. Dan tidak berapa
lama selepas itu, terdapat khabar angin yang mengatakan Hitler mungkin
telah menggunakan kapal selam untuk ke sebuah pulau.
Tapi tiada sesiapa pun yang tahu nama dan lokasi pulau yang dimaksudkan
itu. Dunia antarabangsa sama sekali tidak menyedarinya bahawa seorang
pemimpin Nazi yang sangat kejam itu bersembunyi dengan aman di Sumbawa
Besar, hingga akhir hayatnya di Surabaya dan telah dimakamkan di pemakaman umum Muslim di Ngagel.